Minggu ini adalah minggu persediaan pelajar sebelum peperiksaan akhir. Suasana di UTHM ketika ini agak lengang disebabkan mungkin rata-rata pelajar menumpukan perhatian terhadap peperiksaan akhir yang bakal menjelang tidak lama lagi..(Yer ker?). Kebanyakan kuliah dan perbentangan projek telah tamat minggu lepas, Cuma mungkin ada beberapa tugasan dan projek yang perlu dihantar oleh pelajar dalam minggu persediaan ini, itupun tidak banyak.
Suasana di zon-zon akademik dan kolej-kolej kediaman yang dahulunya meriah, kini agak sunyi, hanya kelihatan kelibat beberapa orang sahaja yang sedang mengulangkaji ataupun bersama laptopnya mendengar lagu-lagu sambil melayan aplikasi facebook.
Memandangkan cuti minggu persediaan peperiksaan akhir kali ini agak lama sedikit kerana ditambah dengan cuti khas Deepavali dan Raya Haji ramai pelajar yang memilih untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, walaupun selepas peperiksaan akhir akan ada lagi cuti panjang. Ini adalah suatu budaya biasa di UTHM atau pun mungkin di mana-mana Universiti di Malaysia.

Para pensyarah pula kini sedang sibuk menilai segala hasil kerja pelajar sepanjang semester, ada juga yang terlibat dengan kursus-kursus yang dianjurkan Universiti ataupun Jabatan tidak ketinggalan ada yang terlibat dengan aktiviti pengurusan samaada di peringkat Universiti ataupun Fakulti.
Begitulah suasana pada setiap hujung semester di UTHM....
No comments:
Post a Comment